Monday, February 27, 2012

Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Kecemerlangan

Alhamdulillah pada 26 Februari 2012 yang lalu, SMKPG telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG dan Majlis Kecemerlangan Sesi 2011 bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Majlis yang berjalan lancar dihadiri oleh ibu bapa, para pelajar dan guru. Ahli PIBG melantik AJK PIBG yang baru daripada kalangan ibu bapa yang hadir.
Majlis Kecemerlangan yang dirasmikan oleh wakil Pengarah TNB Pasir Gudang diisi dengan penyampaian anugerah Pelajar Terbaik PMR, Terbaik Tingkatan 4, Terbaik Tingkatan 2 dan Terbaik Tingkatan 1. Selain itu, anugerah komuniti serta keluarga mithali yang disandang oleh keluarga En. Muhammad Uzir turut disampaikan. Sekalung penghargaan kepada semua YDP PIBG serta barisan AJK, guru-guru dan para pelajar yang menjayakan majlis ini. Semoga Allah membalas jasa kalian.

Wakil Pengarah TNB


Petugas parking (KRS)

Pendaftaran

Kumpulan Kompang

Perhimpunan Kokurikulum Kadet Polis Wanita


Friday, February 17, 2012

Pangkalan Data Murid

Semua guru tingkatan boleh mendapatkan manual pengguna dan senarai nama pelajar di emel sekolah smkpasirgudang@ymail.com. Kata laluan boleh didapati daripada guru data demi keselamatan maklumat pelajar.

Klik untuk ke Pangkalan Data Murid.

Info terkini :
- Info bapa dan ibu tidak perlu diisi lagi kerana program bermasalah.
- Hanya perlu isi info murid.
- Kemaskini segala maklumat yang terkini seperti alamat, status yatim dsb.

Thursday, February 16, 2012

Majlis Sambutan Maulidurrasul 1433H

Sambutan Maulidurrasul diadakan pada 11 Februari 2012 (Sabtu) yang lalu adalah bersempena dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'.

Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perbarisan salawat (unit uniform), ceramah maulidurrasul dan jamuan (makan dalam dulang).

Juara Perbarisan Selawat - KRS
 

Ceramah Maulidurrasul oleh Ust. Zulrahim Bin Yusof


Sunday, February 5, 2012

Pelancaran Program Nilam 2012 & kenali landskap baru

Pada Isnin 30 Januari 2012, Program Nilam 2012 telah diadakan, beberapa persembahan daripada pelajar diadakan pada pagi itu.




Gambar di bawah adalah landskap baru sekolah yang dibina menggantikan landskap lama bersebelahan kantin




Mohd Haziq melepaskan ikan pertama ke dalam kolam




Pn. Faridah dan Pn. Nur Sakinah memberi makan ikan buat pertama kalinya

Saturday, February 4, 2012

Selamat Datang En. Levan

Pihak SMKPG mengalu-alukan kedatangan pengetua baru En. Levan A/L Koran sebagai pengetua yang ke-10 sejak sekolah dibuka pada tahun 1982. Beliau juga merupakan pengetua berbangsa India pertama di SMKPG. Semoga dengan kehadiran beliau ini dapat menambahbaik segala pengurusan dan persekitaran serta mutu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.




Info Anda Di Sini