Wednesday, February 27, 2013

Perhimpunan Kokurikulum dan Perasmian Minggu Bahasa

Perhimpunan Kokurikulum kali ke 2 telah diadakan di bawah kelolaan Unit Uniform Kadet Bomba dan Bulan Sabit Merah Malaysia pada 18 Februari 2013.  

Perasmian Minggu Bahasa 2013 turut sama dirasmikan oleh Pengetua Cemerlang SMK Pasir Gudang di bawah tema "Bahasa Transformasi Minda Cemerlang"

Ucapan dari Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar 2013 (Mohd Afie Rosman)






Tuesday, February 12, 2013

Graffiti Bersama Digi

Pada 4 Februari 2013, pihak Digi telah hadir ke sekolah untuk memberi tunjuk ajar teknik graffiti dan dilukis bersama pelajar tingkatan 5 Seni Reka Tanda. Terima kasih daun keladi pihak kami ucapkan.


lakaran asal

lukisan awal





Pertandingan Blog dan Menang anjuran Digi
Tarikh tutup penyertaan - 14 Feb 2013

Nah ini hasilnya.

Majlis perpisahan

Pihak SMK Pasir Gudang mengucapkan ribuan terima kasih dan sekalung penghargaan buat guru dan staf sokongan yang telah berkhidmat di SMK Pasir Gudang. Walaupun tempoh perkhidmatan di SMKPG tidak panjang, namin kemesraan yang terjalin tetap memberikan kenangan di hati kami warga SMKPG.

1. Pn. Azrina Abdul Hamid - tukar jawatan ke pembantu makmal di sekolah lain

2. Pn. Faridah Mohd Arshad - bertukar ke SMK Pasir Gudang 2

3. En. Nor Azhar - dapat melanjutkan pelajaran di bidang Kesenian


Tuesday, February 5, 2013

Program 3 Dalam 1

3 program serentak telah diadakan pada 2 Februari 2013 (Sabtu) bermula jam 7.30 pagi hingga 12.30 tghari. Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan 3 program ini. Terima kasih kepada ibu bapa dan pihak luar yang hadir memeriahkan majlis.

Hari Bertemu Pelanggan
Pameran Unit Bimbingan Kaunseling (UBK)
Hari Koperasi

Ucapan alu-aluan daripada pengetua cemerlang

Kehadiran ibu bapa yang prihatin amat dihargai oleh pihak sekolah. Tahniah dan Terima kasih.



Pelajar Joel A/L Naidu (Tingkatan 5) menerangkan kaedah Peta Pemikiran yang telah diaplikasikan bermula tahun 2013 di sekolah.


Gimik perasmian yang menggunakan bahan kimia yang akan menimbulkan warna apabila disembur dengan cecair alkali
 
Guru yang bertanggungjawab menguruskan gimik perasmian. Tahniah!!

Sesi bertemu pelanggan (ibu bapa)


Perut sentiasa terisi dengan pelbagai jualan makanan daripada kelab dan persatuan

Jualan pakaian turut mengambil bahagian




Info Anda Di Sini