Friday, March 7, 2014

"TAHBIBUL LUGHAH (CINTAI BAHASA ARAB) WA TASYWIQUL LUGHAH"


TARIKH : 24 FEBRUARI 2014
TEMPAT : SURAU AL-HIKMAH, SMK PASIR GUDANG


Program anjuran bidang bahasa ini dimulakan pada pukul 10.15 pagi. Program ini adalah bertujuan untuk memupuk minat pelajar mempelajari sekaligus mencintai bahasa arab. Oleh itu, pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran bahasa arab dalam peperiksaan awam telah diberi fokus utama dalam program ini. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis dan seterusnya dirasmikan pula oleh pemangku pengetua SMK Pasir Gudang iaitu Encik Muhamad Ali bin Harun. 
        Program yang memakan masa hampir tiga jam ini dimuatkan dengan aktiviti seperti ceramah teknik belajar bahasa arab dengan berkesan, persembahan pelajar, penyampaian hadiah pertandingan membina ayat dalam bahasa arab dan segmen bersama pelajar cemerlang aliran agama dalam Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2013. Program berakhir pada pukul 1.00 petang. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.


(Gambar aktiviti - akan dimuat naik dari semasa ke semasa)

No comments:

Post a Comment

Info Anda Di Sini