Saturday, May 18, 2013

Sambutan Hari Guru dan Pelancaran Program Microsoft Partners in Learning

Tarikh : 16 Mei 2013
Hari : Khamis
Tema : Kesultanan Melayu Melaka

Terima kasih kepada badan pengawas dan Kebirus kerana menganjurkan Sambutan Hari Guru yang cukup meriah. Ramai yang menaiki 'mesin masa' untuk sampai ke SMKPG. Antaranya termasuklah Tun Teja, Puteri Gunung Ledang, Pak Pandir, Hang Tuah, Saudagar Minyak, Bawang Merah, Bawang Putih dan ramai lagi.





Program Microsoft
Tarikh : 16 Mei 2013
Tempat : Bilik Transformasi Minda, Kelas 5 KAA, Makmal Bahasa

Program yang boleh menghubungkan guru-guru seluruh dunia untuk berkongsi ilmu pendidikan dan pelaksaan pendidikan alaf 21 dengan penglibatan pelajar secara menyeluruh. InsyaAllah SMKPG akan dihadiahkan 80 notebook demi merialisasikan program ini.



 
Antara guru SMKPG yang hadir (berkorban meninggalkan majlis sambutan hari guru demi mempersiapkan diri mendidik anak bangsa menjelang abad ke21)




Saturday, May 11, 2013

Kursus Penggunaan Sistem Mybackpack

Tarikh : 11 Mei 2013
Tempat : Bilik Cakna Minda SMK Pasir Gudang
Sasaran  40 orang guru dan 10 orang pelajar sebagai mentor
Objektif : Memperkasakan warga SMKPG dalam dunia pendidikan menjelang alaf ke 21
Anjuran : IRDA, MDEC, Microsoft, JPNJ
Penceramah : En. Saiful Nizam Bin Jamaludin




Thursday, May 9, 2013

Hoki Perempuan Johan MSSD Pasir Gudang

Tahniah kepada pasukan Hoki Perempuan kerana mendapat Johan di peringkat MSSD Pasir Gudang. Tahniah juga kepada pasukan Hoki Lelaki mendapat tempat ke-4. Teruskan kejayaan ini di peringkat lebih jauh.



Johan Hoki Perempuan bersama pengurus dan jurulatih (Cik Nur Dawana, En. Mohd Syafiq, En. Md Noor, Cik Atiqa)

Tuesday, April 23, 2013

Kejayaan Sukan

Berikut adalah pingat yang diperolehi dalam acara OLAHRAGA MSSD PASIR GUDANG.


  1. Jumain Jafrizin
    • Emas - 4 x 100 m
    • Perak - 100m, 200m, 4 x 400m
  2. Solehudin Salam
    • Emas - 4 x 100m
    • Perak - 4 x 400m
  3. Jamadil Akhir
    • Perak - 4 x 400m
  4. Zarrul Helmy
    • Emas - 4 x 100m
  5. Mohd Rukhaini
    • Emas - 4 x 100m
  6. M. Redzuan Abd Mutalib
    • Emas - 4 x 100m
  7. M. Amirul Aiman
    • Perak - 4 x 400m
  8. Amsyar b. Rozihan
    • Perak - Lompat kijang
    • Gangsa - Lompat Jauh, Rejam lembing

Warga SMKPG mengucapkan tahniah kepada pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah serta pengurus dan jurulatih yang melatih atlet sekolah.

Thursday, April 4, 2013

Top 9 Finalist Pertandingan ' Not Quite Right 2013 '

SMKPG telah melakar satu lagi kejayaan di peringkat kebangsaan. Sekalung tahniah diucapkan

PERTANDINGAN : Penghasilan video 
TEMA : Not quite right, serba tak kena, pelik
PENGANJUR : Sunway university
PENCAPAIAN : Tempat ke-9 daripada 45 penyertaan seluruh negara.
GURU PEMBIMBING : Pn. Faridah Bt. Pairan
PESERTA :
  1. Mohammad Sheqal B. Saliman
  2. Muhamad Rifai B. Azman
  3. Muhammad Danial B. Abd Rashid
  4. Muhammad Faid Afif B. Mohd Fuad
  5. Muhammad Azrul B. Lasim
  6. Naqiuddin B. Arshad
** warga SMKPG boleh menonton video tersebut di http://sunway.edu.my/university/NQR2013 di bawah tajuk video : SIGNS



Saturday, March 23, 2013

Keputusan SPM 2012 gempak

Alhamdulillah. Perkataan pertama yang keluar dari mulut guru-guru di SMKPG. Tiada yang lebih menyeronokkan hati seorang guru apabila melihat anak didiknya berjaya. Terima kasih dan tahniah kepada calon SPM 2012 yang berjaya mendapat keputusan baik. Bagi yang kurang baik, teruskan usaha di arena lain, ataupun boleh baiki keputusan dengan mengambil semula.

2012
BIL CALON HADIR : 246
BIL MENGUASAI : 242
PERATUS MENGUASAI : 98.37%
BIL CEMERLANG : 3 orang
PERATUS CEMERLANG : 1.22%
GPS : 5.01

PERBANDINGAN 2011
BIL CALON HADIR : 384

BIL MENGUASAI : 377
PERATUS MENGUASAI : 98.18%
BIL CEMERLANG : 3 orang
PERATUS CEMERLANG : 0.78%
GPS : 5.21


*catatan : semakin rendah GPS semakin baik

Daripada peratus menguasai, peratus cemerlang dan GPS, semuanya menigkat.

Penganugerah yang dicapai berdasarkan keputusan SPM 2012


SU peperiksaan dan AJK sibuk menganalisis keputusan sebelum 10 pagi

Guru tingkatan menyusun keputusan kelas masing-masing

A dalam semua mata pelajaran (9A) - Durga Devi

 A dalam semua mata pelajaran (9A) - Ashwini a/p Thambirajah


A dalam semua mata pelajaran (8A) - Nurul Iman Binti Abdul Razak

Bergambar bersama pentadbir dan ibu bapa
Lagi pelajar cemerlang :
Puteri Ummi Nabila (6A)
Nitiyashini (6A)
Aimi Natashah (6A)
Vikcnesh (7A)





Tuesday, March 19, 2013

Perhimpunan Koko yang ketiga

Tahniah kepada Unit Pancaragam dan Silat kerana berjaya menyempurnakan persembahan dan mengendalikan perhimpunan dengan baik.

Persembahan silat di bawah bimbingan En. Mohd Sabri


Persembahan pancaragam di bawah bimbingan Pn. Aereen, Pn. Khuzaimah dan Cik Izazuraini


Kejayaan Sekolah 2013 lagi

Alhamdulillah SMKPG masih lagi menunjukkan taring di arena sukan, perbahasan dan masakan. Berikut adalah maklumat kemenangan setiap kategori.

MSSD
Bola Sepak B18 : tempat ke-2
Bola Baling Perempuan : tempat ke-3
Bola Jaring B18 : tempat ke-3

Perbahasan
Peringkat Daerah Pasir Gudang : Johan
Pendebat terbaik : Lily Elisa Bt. Abu Bakar

Pertandingan Masakan
Peringkat Daerah : Ketiga (kategori Intelligent)

B15 (berbaju hijau) sedang berentap

B18 (berbaju biru) sedang bertarung

B18 bersedia di gelanggang bersama Jurulatih Cik Siti Fatimah Basar

B15 bersedia di tepi gelanggang bersama Jurulatih Pn. Wardah Nabilah dan Cik Syazrina

Alhamdulillah tempat ketiga (kapten : Nur Adriana Nasuha)

2 pelajar terpilih mengikuti latihan pusat peringkat negeri (Nur Adriana Nasuha dan Nor Izzati)

Wajah puas..tahun depan lebih baik lagi ok..

B15 yang banyak menyokong

Alhamdulillah berjaya di tempat ketiga (Intelligent Chef) di bawah bimbingan Pn. Shariza Shorkan


Wednesday, March 6, 2013

Johan 2 tahun berturut-turut Hafazan

Majlis tilawah Al-Quran telah diadakan di peringkat zon Masai. Berikut adalah senarai pemenang :

  1. Solehuddin B. Salam - Johan Hafazan (L) -2 tahun berturut-turut
  2. Nur Nabilah - Johan Hafazan (P)
  3. Afie Daniel Kamarul Azhar - Naib johan tilawah al-quran (L)
  4. Nasyid - tempat ketiga (L)

Daftar e-operasi

Tarikh daftar id dan password --> semak data sendiri --> sahkan data sendiri :
sebelum atau pada 10 Mac 2013

Muat turun tatacara DAFTAR E-OPERASI

* tatacara e-operasi

* carta alir e-operasi

Info Anda Di Sini