Friday, January 22, 2010

Esok (23/1/10) Cuti Sekolah

Dukacita dimaklumkan secara rasmi DYMM Sultan Johor telah mangkat. Oleh itu sekolah dicutikan esok, hari sekolah ganti akan ditentukan kemudian dan semua aktiviti dibatalkan.
Alfatihah buat Almarhum Sultan Johor. Alfatihah!

Thursday, January 7, 2010

Download format KOKO untuk Guru Tingkatan

Sila klik link di bawah bagi memuat turun format Kokurikulum yang diperlukan :
Cara download :
  1. klik mana-mana version di atas.
  2. kemudian klik pada 'download now' atau 'memuat turun sekarang' yang berwarna biru tu.
  3. Klik pada 'click here to download this file' atau 'klik di sini untuk memuat turun fail'
Mohon guru tingkatan lengkapkan dan hantar sebelum Hari Selasa 12 Jan 2010 kepada En. Suhaimi Mat Isa melalui pendrive atau emel mie_isadasira@yahoo.com.my

Wednesday, January 6, 2010

Mai Ramai-ramai

Mari memeriahkan Majlis Mesyuarat Agung PIBG dan Hari Kecemerlangan kali ke-25

Tarikh : 17 Januari 2010
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi

Mai Ramai-ramai!!!Jom hebohkan dewan mini SMK Pasir Gudang!!!

Saturday, January 2, 2010

Hari Pendaftaran Semua Tingkatan

Tarikh pendaftaran adalah seperti berikut :
1/1/10 (Jumaat) : Tingkatan 1, 2, 3 dan 5
2/1/10 (Sabtu) : Tingkatan 1 KRK dan 1 KAA
4/1/10 (Isnin) : Tingkatan 4


Taklimat oleh Pn. Hajah Saleha Bt. Wahab bersama barisan pentadbir
(kiri sekali : Pn. Rodziah Bt. Yahya, Pn. Hajah Hasnah Bt. Yusuf, En. Mohd Suhaimi B. Mat Isa)




Khusyuk mendengar sesi taklimat ibu bapa

Sesi Pendaftaran Pelajar

Pembelian buku sekolah bersama Badan Koperasi


Pengambilan buku teks (kira buku tu cukup tak??)

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun Baru!!!!!


Dalam meraikan tahun baru 2010, kita bersorak, menjerit, melaung, tetapi sedar tak sedar usia kita turut bertambah...

Renung-renungkan perkara yang telah kita terlepas pandang dan perkara yang masih belum dan patut dikecapi di usia kini.

Info Anda Di Sini