Tuesday, February 18, 2014

HARI TERBUKA SIRI 1




TARIKH : 16 FEBRUARI 2014
TEMPAT : DEWAN LESTARI

Hari Terbuka SMK Pasir Gudang telah diadakan di Dewan Lestari bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Hari Terbuka ini adalah bertujuan untuk menyampaikan kepada ibu bapa tentang keputusan peperiksaan akhir tahun 2013 kepada ibu bapa terbabit. Secara tidak langsung majlis ini dianggap sebagai satu program sarana ibu bapa yang diwarwarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Tahniah dan syabas kepada Unit Peperiksaan SMK Pasir Gudang kerana telah menjayakan program ini dengan sebaiknya.

Sunday, February 16, 2014

PBS BM TINGAKATAN 3

KEPADA SEMUA GURU MATAPELAJARAN BM TINGKATAN 3. ANDA BOLEH DOWNLAD BAHAN PBS BM DI PAUTAN DI BAWAH.

http://www.4shared.com/folder/U6t-kgPt/PBS_TINGKATAN_3.html

LAUTAN KASIH HIMPUNAN BUDI


TARIKH : 15 FEBRUARI 2014
TEMPAT : DEWAN LESTARI, SMK PASIR GUDANG


Di sana padi di sini padi
Barulah nama sawah dan bendang
Di sana budi di sini budi
Barulah itu namanya orang

Begitulah antara rangkap pantun yang dibacakan oleh Encik Muhamad Ali bin Harun ketika memberi ucapan aluan mewakili warga SMK Pasir Gudang dalam majlis perpisahan Puan Hajah Salleha binti Abd. Kahar yang kini menyambung tugas di PPD Pasir Gudang sebagai Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Partners). 1 Jun 2012 memulakan tugas di SMK Pasir Gudang sebagai Pengetua Cemerlang dan menamatkan khidmat baktinya pada 1 Februari 2014. Majlis yang sederhana tetapi sangat meriah ini dimulakan dengan bacaan doa seterusnya bacaan surah Yassin bagi memohon keberkatan Allah S.W.T. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan wakil pelajar. Encik Muhamad Ali bin Harun selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seterusnya memberi ucapan penghargaan kepada Puan Hajah Salleha binti Abd. Kahar. Usai ucapan Encik Muhamad Ali bin Harun, yang diraikan iaitu Puan Hajah Salleha binti Abd, Kahar menyampaikan amanat terakhir kepada warga SMK Pasir Gudang. Selamat maju jaya diucapkan kepada Puan Hajah Salleha binti Abd. Kahar.




























Saturday, February 15, 2014

MAJLIS PERPISAHAN

Jauh sungguh pergi mandi
Setapak jalan lewatkan huma
Berat sungguh menanggung budi
Seribu tahun takkan lupa

Tanggal 13 Februari 2014, SMK Pasir Gudang kehilangan lima orang guru berwibawa yang meneruskan perkhidmatan mereka di sekolah lain dan juga menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana di universiti tempatan. Guru-guru ini telah diraikan bagi mengenang khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada warga SMK Pasir Gudang. Majlis dimulakan dengan bacaaan doa oleh pelajar dan diteruskan dengan  ucapan aluan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Muhamad Ali bin Harun. Guru-guru yang diraikan turut diberi peluang untuk memberi amanat terakhir kepada warga SMK Pasir Gudang. Majlis kemudiannya disambung dengan penyampaian cenderahati oleh warga SMK Pasir Gudang kepada guru-guru yang diraikan. Akhir kalam, selamat bertugas dan selamat maju jaya di tempat baru.

1. Puan Nursakinah binti Mohd Isa (menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana)
2. Puan Nurdawana binti (berpindah ke SMK Sri Serdang, Selangor)
3. Puan Pavayee (berpindah ke SMK Senai)
4. Cik Siti Aisyah binti Mohd Noor (berpindah SMK Bukit Gambir)
5. Encik Mohd Saufi bin Ibrahim (berpindah ke SMK Skudai)
 


MENTOR MENTEE, GURU PENYAYANG DAN SAYANGI WARGA EMAS







TARIKH  : 9 FEBRUARI 2014
TEMPAT : DEWAN LESTARI, SMK PASIR GUDANG

Majlis dimulakan seawal pukul 7.30 pagi dengan menghimpunkan para pelajar di dewan terbuka SMKPG. Majlis yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan Dan Kaunseling bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara warga SMKPG dan juga komuniti luar. Pelancaran Mentor Mentee, Guru Penyayang dan Sayangi Warga Emas ini dirasmikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum SMKPG iaitu Encik Mohd Suhaimi bin Mat Isa. 




Wednesday, February 12, 2014

BORANG E OPERASI

KEPADA GURU BARU, SILA DOWNLOAD BORANG E OPERASI DAN SERAHKAN KEPADA PN SHAZLIN @ PN NURSHAFIZA PADA HARI AHAD DEPAN(16.2.2014)

http://www.4shared.com/file/sgFJe6iFba/eoperasi.html?

Sunday, February 9, 2014

SAMBUTAN ULANGTAHUN PENGETUA CEMERLANG DAN PK HEM






TARIKH  : 7 JANUARI 2014
TEMPAT  : DEWAN LESTARI DAN BILIK CAKNA MINDA


Sambutan majlis ulangtahun Pengetua Cemerlang iaitu Puan Hajah Salleha binti Abd. Kahar dan PK HEM SMK Pasir Gudang iaitu Encik Mohd Ali bin Harun telah disambut secara sederhana tetapi meriah oleh warga SMKPG. Walaupun majlis yang dilangsungkan sangat singkat tapi amat bermakna bagi kedua-duanya. Diharapkan usaha murni ahli-ahli KEBIRU 2014 ini dapat mengeratkan ukhwah di kalangan warga SMKPG.

Info Anda Di Sini