Saturday, February 15, 2014

MAJLIS PERPISAHAN

Jauh sungguh pergi mandi
Setapak jalan lewatkan huma
Berat sungguh menanggung budi
Seribu tahun takkan lupa

Tanggal 13 Februari 2014, SMK Pasir Gudang kehilangan lima orang guru berwibawa yang meneruskan perkhidmatan mereka di sekolah lain dan juga menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana di universiti tempatan. Guru-guru ini telah diraikan bagi mengenang khidmat bakti yang telah dicurahkan kepada warga SMK Pasir Gudang. Majlis dimulakan dengan bacaaan doa oleh pelajar dan diteruskan dengan  ucapan aluan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Muhamad Ali bin Harun. Guru-guru yang diraikan turut diberi peluang untuk memberi amanat terakhir kepada warga SMK Pasir Gudang. Majlis kemudiannya disambung dengan penyampaian cenderahati oleh warga SMK Pasir Gudang kepada guru-guru yang diraikan. Akhir kalam, selamat bertugas dan selamat maju jaya di tempat baru.

1. Puan Nursakinah binti Mohd Isa (menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana)
2. Puan Nurdawana binti (berpindah ke SMK Sri Serdang, Selangor)
3. Puan Pavayee (berpindah ke SMK Senai)
4. Cik Siti Aisyah binti Mohd Noor (berpindah SMK Bukit Gambir)
5. Encik Mohd Saufi bin Ibrahim (berpindah ke SMK Skudai)
 


No comments:

Post a Comment

Info Anda Di Sini