Tuesday, July 24, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Majlis menyambut kedatangan Ramadhan dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Saudara Solehudin B Salam dan terjemahannya oleh Saudara Mirza dari 4 Sains 2. Diteruskan dengan alunan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah dan ceramah daripada Ustaz Hakim dari PPD.



Semoga segala ibadah pada Ramadhan kali ini diterima Allah. InsyaAllah

Kibarkan jalur gemilang

Banggalah menjadi rakyat Malaysia!...Kibarkan jalur gemilang kita sekarang!!



Temasya Balapan dan Padang 2012

Tarikh : 12 Julai 2012
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Padang SMK Pasir Gudang

 Pelajar tetap cekal berkawad walaupun padang lecak

Pengetua memberikan ucapan alu-aluan kepada perasmi daripada Hospital Regency

Johan rumah sukan : Rumah Ungu
Naib Johan rumah sukan : Rumah Hijau
Pemenang khemah terceria : Rumah Biru
Pemenang perbarisan rumah sukan : Rumah Merah
Pemenang perbarisan unit uniform : Kadet Polis Lelaki

Thursday, July 19, 2012

Senamrobik 1M1S Peringkat Negeri Johor

Dengan besar hati SMKPG dipilih sebagai pusat pelancaran senamrobik 1M1S bagi peringkat negeri Johor. Dengan kehadiran Pengarah Pelajaran Johor En. Mohd Nor Bin A. Ghani dan Pengarah PPD Pasir Gudang Pn. Hjh Fatimah Bt. Ahmad serta pegawai-pegawai dari JPNJ dan PPD Pasir Gudang menambahkan semangat warga SMKPG dalam senamrobik. Senam robik yang diketuai oleh Sekolah Seni JB berjalan lancar dan seluruh warga SMKPG dan pegawai yang hadir begitu semangat sehingga basah berpeluh. Tahniah.

Tarikh : 10 Julai 2012
Masa : 7.30 pagi - 9.30 pagi
Tempat : Dewan Lestari dan Gelanggang Serbagunan SMKPG





















Sunday, July 1, 2012

SMK PG juara masakan lagi

Seperti tahun lepas kali ini, SMKPG terus mempertahankan kejuaraan sebagai juara masakan kategori menengah rendah sekolah-sekolah daerah Pasir Gudang. Tahniah dan semoga berjaya di peringkat seterusnya.

Guru : Pn. Muhanom Binti Melan / Pn. Shariza Shorkan / Cik Syazrina
Peserta : Nur Nasuha, Nor Ain Syazwani, Noraina






Info Anda Di Sini