Monday, May 28, 2012

Terima kasih Cikgu

Hanya ucapan terima kasih yang mampu diluah kepada 3 orang guru yang bersara dan berpindah ke sekolah lain. Guru tersebut adalah :

  1. Pn. Hjh Thabitah Md Rahim - bersara
  2. Pn. Maznah Yusoff - dilantik sebagai GKMP Teknik Vokasional di SMK Nusa Damai
  3. Pn. Shuhada Mohd Shulti - bertukar ke sekolah di Gombak KL
  4. En. Teo Bin Kuan - bertukar ke sekolah di Batu Pahat
Semoga guru-guru tersebut terus cemerlang walau di mana sahaja mereka berada.

Majlis Menyanjung Budi Menggamit Memori

En. Teo Bin Kuan


Sambutan Hari Guru 2012

Dengan tema 'Guru Inovasi Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara' , sambutan hari guru SMKPG disambut meriah oleh semua pelajar dan guru termasuk staf sokongan. Terima kasih Cikgu, semoga segala jasa bakti yang dicurahkan diterima dan diberkati Allah. Tahniah juga diucapkan kepada Badan Pengawas yang menganjurkan majlis serta sekalung tahniah kepada guru-guru yang diiktiraf seperti berikut :

  • Guru berkempimpinan : Pn. Hjh Saleha
  • Guru Ceria : Pn. Johar Sapuan, Pn. Naslina
  • Guru Penyayang : Pn. Nur Sa'adah, Pn. Wan Yusnizan
  • Guru Prihatin : Pn. Salwa, Pn. Faridah
  • Guru Menawan : En. Roszaidi, En. Kamarul
  • Guru Kreatif : En. Mohd Sabry, Pn. Siti Bayzura
Senam robik dulu sebelum acara sukan


Reaksi pelajar memerhatikan gelagat guru bersenam

Aksi ganas memijak belon oleh guru lelaki

Acara rebut kerusi


Guru-guru yang ceria sebelum acara kemuncak Hari Guru

Saturday, May 5, 2012

Majlis Derma Siswa Lafarge dan Anugerah Cemerlang SPM

Pada 21 April 2012 berlangsungnya 'Program Derma Siswa Lafarge Cement dan Majlis Anugerah Cemerlang SPM 2011'. Majlis yang bermula dengan suasana redup selepas hujan lebat di awal pagi berlangsung dengan baik sekali. Terima kasih kepada Lafarge Cement atas sumbangan yang diberikan kepada pelajar cemerlang. Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah. Teruskan menjulang kejayaan!










Info Anda Di Sini