Friday, December 21, 2012

Keputusan PMR 2012

Alhamdulillah lepasan PMR 2012 memberikan telah membuktikan kesungguhan mereka dengan keputusan yang meningkat naik berbanding tahun 2011.  Barisan pentadbir dan guru-guru mengucapkan syabas dan tahniah kepada yang memperoleh keputusan cemerlang. Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan, jangan berputus asa,tebus kegagalan PMR dengan kejayaan SPM 2014.

STATISTIK PMR:

Peratus lulus
2012 : 80.60%
2011 : 70.96%

GPS
2012 : 2.45
2011 : 2.50

*Tempat ke-7 daripada 34 buah sekolah di Pasir Gudang

GPK Pentadbiran membuat pengumuman keputusan PMR yang diperolehi dari PPD

Kehadiran ibu bapa dan pelajar yang sangat menggalakkan


Pelajar bergambar bersama ibu yang hadir

Pelajar yang mendapat semua A dalam PMR 2012



Sunday, November 11, 2012

PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA


PROGRAM YURAN PENGAJIAN SECARA SEPARUH MASA KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN ANGGOTA KUMPULAN SOKONGAN LANTIKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN TAHUN 2012



Adalah dimaklumkan bahawa Permohonan Program Yuran Pengajian Secara Separuh Masa Kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Dan Anggota Kumpulan Sokongan Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Tahun 2012 kini boleh dicapai melalui laman sesawang KPM bermula dari 8 November hingga 23 November 2012. 

Maklumat lanjut layari http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=2972

Majlis Perpisahan Guru Berpindah

Selamat bertugas di tempat baru, dengan suasana yang baru, azam yang baru dengan tugas yang sama sebagai PENDIDIK. Warga SMKPG mrakamkan sekalung penghargaan di atas jasa dan sumbhangan cikgu di SMKPG. Kami akan merinduimu.




  1. En. Ramesh a/l Sathiappan - pindah ke JB
  2. Pn. Johar Bt Sapuan - bertukar ke K. Tinggi
  3. Pn.Valarmathy a/p Supaiah - bertukar ke Perak
  4. Pn. Nur Fazila Bt Salleh - bertukar ke Kluang
  5. Pn. Nurakmal Syahirah Bt M. Ghazali - bertukar ke Selangor

Tuesday, November 6, 2012

Penerima APC dan Anugerah Kualiti 2011


Warga SMKPG mengucapkan sekalung tahniah buat para guru dan staf yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Kualiti bagi tahun 2011. Semoga dengan penganugerahan ini, kecemerlangan terus dikecap dan prestasi kerja yang bermutu terus dilaksanakan.

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang :
  1. Pn. Jamilah Binti Abdullah
  2. Pn Norliah Binti Bechik
  3. Pn. Radziah Binti Razuan@Ridzuan
  4. Pn Nur Hafizah Binti Mohamed Jaafar
  5. Pn. Maizahanim Binti Che Abdullah
  6. Pn. Wan Yusnizan Binti Wan Hamat
  7. Pn. Nur Sakinah Binti Mohd Isa
  8. En. Mohd Norhafizi Bin Yunus
  9. Pn. Norliza Binti Azizan
  10. Pn. Azharina Binti Abu Hassan
  11. Pn. Zuhriah Binti Ismail - kini bertugas di SK Pasir Gudang 3
Anugerah Hari Kualiti :
  1. Guru Cemerlang Kokurikulum : En. Mohd Suhaimi Bin Mat Isa
  2. Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling
  3. Anugerah Cemerlang Pusat Sumber


Sunday, November 4, 2012

Perjuangan SPM Bermula 5 Nov 2012

Selamat Menempuh SPM yang menjadi penentu masa depan. Jangan sia-siakan harapan ibu bapa dan guru yang selama ini membantu dan menyokong anda. Warga SMKPG mendoakan kejayaan semua calon SPM 2012. Selamat menjawab soalan dengan jayanya!





Saturday, November 3, 2012

Tatacara muat turun bahan dari blog ini

Klik rajah untuk paparan yang lebih besar. Abaikan nombor yang ditulis senget-senget ye..





Tuesday, October 30, 2012

Muat turun contoh laporan

Berikut adalah pautan muat turun contoh laporan daripada Pn. Norliah Bechik. Guru-guru boleh menggunakan contoh laporan dengan format dan saiz tulisan yang sama dan emel kpd Cik Nur Dawana bagi semua aktiviti tahun 2012.

Contoh Laporan

Monday, October 29, 2012

Amanat Pengetua Sebelum Cuti Sekolah

Ke hadapan anakanda pelajar sekalian :

  1. Jaga keselamatan diri sepanjang cuti persekolahan.
  2. Bagi pelajar tingkatan 2 dan 4, siapkan diri untuk menghadapi peperiksaan PMR dan SPM bagi sesi 2013.
  3. Bagi pelajar tingkatan 3 gunakan masa cuti untuk mengulangkaji pelajaran tingkatan 4.
  4. Koperasi untuk jualan buku akan dibuka pada 20/12/2012.
  5. Keputusan PMR mungkin akan diumumkan pda 26/12/2012 atau 27/12/2013.
  6. Pengambilan buku teks bagi pelajar tingkatan 5 sesi 2013 adalah pada 31/12/2012 bermula jam 8.00 pagi.
  7. Pelajar akan mula bersekolah bagi sesi 2013 adalah pada 2/1/2013 hari Selasa.

Pelan Strategik

Semua panitia boleh memuat turun contoh format plan strategik di pautan berikut :

Pelan Strategik


  • Sila pastikan format dan saiz font seperti dalam contoh yang diberikan.
  • Setiap panitia boleh menggunakan KPI dan KRA JPN mengikut acuan sekolah SMK Pasir Gudang.
  • Untuk memuat turun pastikan setiap guru daftar masuk menggunakan mana-mana emel dan password.

Monday, October 22, 2012

Program Nadwah Kepimpinan Islam

Tarikh : 22-23 September 2012
Hari : Jumaat - Sabtu
Tempat : Surau al-Hikmah, Dewan lestari SMK Pasir Gudang

Agenda :

  1. Kursus pemantapan imam dan solat
  2. Qiamullail
  3. Program Smart Solat
  4. Praktikal Sembelihan
  5. Praktikal Pengurusan jenazah


Thursday, October 11, 2012

Berjuang di PMR 2012

Tarikh : 9, 10, 11, 15, 16 Oktober 2012
Bilangan Pelajar : 438 orang


Majlis bacaan doa sebelum naik ke dewan peperiksaan oleh wakil pelajar bersama-sama barisan pentadbir dan guru.

Wednesday, September 26, 2012

Karnival Berita Harian di SMKPG

Tarikh : 15 September 2012 (Sabtu)
Penganjur : Berita Harian
Turut terlibat : LPPKN, Dutch Lady, Anjung Seri, Nestle, dll
Aktiviti :
  1. Larian 10,000 langkah
  2. Ceramah motivasi PMR dan SPM
  3. Kuiz 'Who's Genius'
  4. Pembukaan gerai jualan (Hari Kantin)
  5. Pert. mewarna, lukis dan teka
  6. Pemeriksaan kesihatan dll

















Wednesday, September 19, 2012

Permohonan ke SBP bagi Tingkatan 4 sesi 2013

Sasaran : Calon PMR 2012

Ibu bapa / penjaga boleh membuat permohonan kemasukan anak / anak jagaan ke Sekolah Berasrama Penuh SBP secara online.

Tatacara :

  1. Klik pada laman web Permohonan SBP berikut : http://parents.sekolahmalaysia.com/
  2. Ibu bapa boleh memuatturun manual permohonan pada link berikut : Manual Ibu Bapa
  3. Jangan print dahulu sehingga maklumat disahkan oleh pihak sekolah.
Tarikh permohonan : 15 September 2012 hingga 25 Oktober 2012


Program Jelajah Inspirasi

Tempat :
SMK Sultan Muzaffar Shah, Melaka

Tarikh :
2/9/2012 hingga 8/9/2012

Sasaran :
10 orang pelajar cemerlang Tingkatan 3 dan 4



Thursday, August 30, 2012

Tuesday, July 24, 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Majlis menyambut kedatangan Ramadhan dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Saudara Solehudin B Salam dan terjemahannya oleh Saudara Mirza dari 4 Sains 2. Diteruskan dengan alunan nasyid dari kumpulan nasyid sekolah dan ceramah daripada Ustaz Hakim dari PPD.



Semoga segala ibadah pada Ramadhan kali ini diterima Allah. InsyaAllah

Kibarkan jalur gemilang

Banggalah menjadi rakyat Malaysia!...Kibarkan jalur gemilang kita sekarang!!



Temasya Balapan dan Padang 2012

Tarikh : 12 Julai 2012
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Padang SMK Pasir Gudang

 Pelajar tetap cekal berkawad walaupun padang lecak

Pengetua memberikan ucapan alu-aluan kepada perasmi daripada Hospital Regency

Johan rumah sukan : Rumah Ungu
Naib Johan rumah sukan : Rumah Hijau
Pemenang khemah terceria : Rumah Biru
Pemenang perbarisan rumah sukan : Rumah Merah
Pemenang perbarisan unit uniform : Kadet Polis Lelaki

Thursday, July 19, 2012

Senamrobik 1M1S Peringkat Negeri Johor

Dengan besar hati SMKPG dipilih sebagai pusat pelancaran senamrobik 1M1S bagi peringkat negeri Johor. Dengan kehadiran Pengarah Pelajaran Johor En. Mohd Nor Bin A. Ghani dan Pengarah PPD Pasir Gudang Pn. Hjh Fatimah Bt. Ahmad serta pegawai-pegawai dari JPNJ dan PPD Pasir Gudang menambahkan semangat warga SMKPG dalam senamrobik. Senam robik yang diketuai oleh Sekolah Seni JB berjalan lancar dan seluruh warga SMKPG dan pegawai yang hadir begitu semangat sehingga basah berpeluh. Tahniah.

Tarikh : 10 Julai 2012
Masa : 7.30 pagi - 9.30 pagi
Tempat : Dewan Lestari dan Gelanggang Serbagunan SMKPG





















Info Anda Di Sini