Monday, June 24, 2013

Pelancaran Hari Koperasi dan Minggu Sains dan Teknologi

Seperti tahun-tahun sebelum ini Hari Koperasi dan Minggu Sains dan Teknologi bergabung dalam suatu majlis pelancaran. Pelbagai aktiviti, pameran dan pertandingan diadakan sempena Minggu Sains dan Teknologi antaranya :

  1. Kuiz Kimia, Fizik, Biologi
  2. Telemase
  3. Persembahan Video
  4. Persembahan Power Point
  5. Fotografi
  6. Pelancaran Roket
  7. Cooking With Nature
  8. Gubahan Bunga
  9. Merekacipta Litar
dan banyak lagi. Pelajar boleh mendaftarkan nama kepada mana-mana guru yang dipertanggungjawabkan dalam setiap pertandingan.

GAMBAR MAJLIS PELANCARAN HARI KOPERASI DAN MINGGU SAINS DAN TEKNOLOGI

Gimik Perasmian bersama dua 'robot'


Jalan yang unik



Gimik membebaskan burung dari sangkar

Terima kasih Pn. Norlaila ( AEON CO (M) SDN BHD ) - perasmi

 
Antara peserta yang menerima sijil daripada pertandingan Karnival Sains dan Teknologi Peringkat Daerah.


 Peneraju majlis Pelancaran bersama guru penasihat Pn. Hasima


PAMERAN SAINS DI MAKMAL BIOLOGI

 
Pameran produk Cooking With Nature bersama guru penasihat Pn Roszana (pemenang tempat ke-2)

Pemenang Melancarkan Roket Peringkat Daerah (Johan)

Pemenang Solar Car bersama guru penasihat Pn. Rosiyani (tempat ke-3)



Perhimpunan Bulanan Kokurikulum KRS

Tahniah kepada semua guru dan semua kadet yang menjayakan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum di bawah pimpinan Cik Ng Wai Chee.

Komandan Kadet  - Hareez 3 KRK 1





Thursday, June 20, 2013

Jumaat Cuti

Berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Daerah Pasir Gudang yang berada di paras berbahaya, adalah dimaklumkan sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang diarahkan ditutup (Cuti Berganti) pada hari Jumaat, 21 Jun 2013 (sesi pagi dan petang). Cuti berkenaan adalah melibatkan semua guru dan pelajar. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pihak sekolah esok pagi.

* Marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua dilindungi daripada segala wabak dan penyakit - Daripada Pn. Hajah Salleha Bt. Abd. Kahar (Pengetua Cemerlang SMKPG)

Monday, June 17, 2013

GPS SPM 2012 Melonjak Naik

Selepas penambahbaikan masalah teknikal pemarkahan Prinsip Akaun, GPS SPM 2012 SMK Pasir Gudang telah meningkat daripada 5.01 kepada 4.97 (GPS 2011 : 5.21) . Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang membantu meningkatkan GPS sekolah.

Saturday, June 15, 2013

Road Run di Pasir Gudang

Roadrun SMKPG yang dilangsungkan pada pagi 15 Jun 2013 berjalan lancar. 5 rumah sukan bertarung hebat merebut johan keseluruhan tahun 2013. Walaubagaimanapun gelombang hijau yang telah memenangi roadrun 2012 mengulangi kejayaan pada tahun ini 2013. Tahniah kepada semua pemenang dan tahun depan kita bertarung hebat lagi.

Antara pelajar yang sama-sama hadir menyertai road run. Tahniah kerana hadir dan menyumbangkan sekurang-kurangnya 1 mata

Guru penasihat sentiasa di sisi pelajar untuk memberikan semangat :)

Barisan pentadbir, perasmi dan PIBG turut serta dalam senam robik

Keputusan keseluruhan rumah sukan road run 2013

Pelajar bersorak selepas pengumuman keputusan

Info Anda Di Sini