Friday, December 27, 2013

Keputusan PMR 2013

Pada 19/12/2013 memberikan debaran kepada seramai  406 calon PMR 2013 untuk mengetahui keputusan PMR yang dipertaruhkan pada bulan Oktober yang lepas. Tahniah kepada calon yang berjaya mendapat semua A dan kepada yang kurang berjaya diharap dapat meningkatkan usaha untuk terus berjaya terutamanya di SPM 2015


Sebahagian pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran


Statistik PMR 2012 & 2013

Peratus menguasai 2013 : 77.34%
Peratus menguasai 2012 : 80.60%

Gred Purata 2013 : 2.45
Gred Purata 2012 : 2.45

Bil Pelajar Cemerlang 2013 : 26 orang
Bil Pelajar Cemerlang 2012 : 32 orang

Peratus Pelajar Cemerlang 2013 : 6.40%
Peratus Pelajar Cemerlang 2012 : 7.39%

Walaupun keputusan pada tahun 2013 agak menurun berbanding tahun 2012, namun terdapat beberapa subjek yang menunjukkan peningkatan dari segi peratus menguasai dan GPS.

Bahasa Inggeris
2013 : GPS 2.98
2012 : GPS 3.01

Sejarah
2013 : GPS 2.47
          Peratus 98.77%
2012 : GPS 2.57
          Peratus 98.61%

Geografi
2013 : GPS 2.62
          Peratus 93.84%
2012 : GPS 2.65
          Peratus 93.07%

B. Arab (100% lulus)
2013 : GPS 1.78
2012 : GPS 1.94

B. Tamil (100% lulus)
2013 : GPS 2.57
2012 : GPS 2.64

P. Islam
2013 : Peratus 97.14%
2012 : Peratus 93.78%

Matematik
2013 : GPS 2.52
          Peratus 98.77%
2012 : GPS 2.54
          Peratus 97.46%

Sains
2013 : Peratus 98.77%
2012 : Peratus 97.91%

KH (Pertanian)
2013 : GPS 2.57
          Peratus 100%
2012 : GPS 2.72
          Peratus 98.99%      

Thursday, November 21, 2013

SMKPG Perintis I-Think

I-Think adalah peta pemikiran yang membantu memupuk kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif dalam kalangan pelajar sekolah. Justeru SMKPG telah dipilih sebagai perintis Projek I-Think Daerah Pasir Gudang. 3 buah sekolah telah didedahkan oleh Skuad I-Think SMKPG yang terdiri daripada kalangan pentadbir, guru dan pelajar.

Maklumat lanjut berkenaan I-Think boleh diperolehi di laman web I-Think.

Projek I-Think di SMK Tg. Puteri Resort

Pemandu I-Think memberi pengenalan


Skuad I-Think menerangkan secara lanjut setiap peta pemikiran



Bengkel I-Think bersama guru dan Skuad I-Think






Bergambar dengan simbol tangan I-Think

Wednesday, November 20, 2013

Pusat Sumber Komuniti PIBG Pasir Gudang

Program inovasi pertama ini direalisasikan SMKPG dengan kerjasama PIBG SMKPG
Tarikh : 15 Nov 2013 (3.00 petang) - perasmian
Sasaran : Pelajar, ibu bapa, komuniti dan guru.
Sumber dana : PIBG, Koperasi SMKPG, ibu bapa, guru dan pelajar.
Objektif :
  • Menanam dan mempromosi budaya membaca kepada pelajar dan komuniti setempat.
  • Merapatkan hubungan baik dan kerjasama di antara pihak sekolah dan komuniti di tempat tinggal pelajar.
  • Memupuk semangat bersatu padu dan kerjasama dalam menguruskan pusat sumber bersama sukarelawan ibu bapa dan penduduk setempat.
  • Melahirkan pustakawan dalam kalangan pelajar yang berketrampilan dan dedikasi
  • Memberi peluang kepada guru dan ibu memberi sumbangan dalam meningkatkan tahap akademik dan sahsiah pelajar dan anak-anak.


Proses Persediaan Sebelum Majlis Perasmian






Majlis Perasmian oleh wakil YB Normala Parlimen Pasir Gudang





















Sunday, November 3, 2013

Majlis Graduasi dan Kecemerlangan Kokurikulum

Majlis graduasi diadakan bagi mengiktiraf pelajar tingkatan 5 yang berjaya menamatkan pembelajaran di SMK Pasir Gudang sekaligus memberi semangat kepada calon-calon SPM untuk berusaha bersungguh-sungguh menghadapi Peperiksaan SPM pada 6 Nov 2013.

Tarikh : 31 Oktober 2013
Sasaran : Semua pelajar tingkatan 5 dan pelajar aktif kokurikulum

Perarakan masuk pelajar tingkatan 5

Barisan pentadbir bersama YDP PIBG 

Penyampaian scroll


Seronok di majlis graduasi

Pelajar bergambar bersama guru

Anugerah kokurikulum terbaik

Selamat Bersara Pn. Hajah Saleha Wahab

Seluruh warga SMKPG mendoakan agar Pn. Hajah Saleha Wahab dapat bersara dalam kesihatan yang baik bersama keluarga tersayang. Sekalung penghargaan diucapkan atas segala curahan bakti puan di SMKPG. Terima Kasih cikgu.

Tarikh Lahir : 21 Feb 1960
Tarikh bersara : 1 Dis 2013
Tarikh Mula Berkhidmat sebagai pendidik : 1 Jan 1982
Tarikh Mula Berkhidmat di SMK Pasir Gudang : 28 Nov 1993

MAJLIS BERSAMA PPD DAN PERHUBUNGAN PK PENTADBIRAN




Pn. Hajah Saleha kelihatan sebak




MAJLIS BERSAMA GURU, STAF DAN PELAJAR SMKPG

Pn. Hajah Saleha diarak masuk dengan menaiki motor khas

Suasana sedih tatkala Pn. Hajah Saleha diiring naik ke atas pelamin khas

Perarakan keluar menaiki kereta kuda bersama pengetua, PK HEM dan GBK

Flower girls yang pandai memainkan peranan (Tahniah)


Lambaian pelajar buat guru tersayang

Info Anda Di Sini