Monday, August 31, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tanggal 31 - Allahyarham Sudirman
Seloka Kemerdekaan
Seloka penghibur bersilih tawa,
jambangan seberang menyapa kembang,
di medan tempur perjudi nyawa,
jasamu dikenang wira terbilang.

Ceria purnama mengundang cerah,
menyusur terang damai terasa,
nusa terbela menjunjung megah,
jalur gemilang menghias angkasa.


Melata cempaka pinggiran jerumat,
biji selasih memikat kedidi,
merdeka, merdeka, laungan keramat,
berbalas jerih keringat srikandi.


Kemilau bintang serlah biasan,
rembulan mengembang menyuluh kali,
generasi terbilang menjana wawasan,
masyarakat cemerlang teraju visi.


Wangian seroja di pohon angsana,
berbunga padi di celah jerami,
merdeka negara dijulang bangsa,
terpatri abadi nusa berbudi.


Di hujung tinta madah tercipta,
kata disanjung pujangga gemilang,
negara kita tanggungjawab kita,
ampuh dijunjung mandat dijulang.


Megah semilir meniti pelangi,
terang bertamu menujah halaman,
darah mengalir membela pertiwi,
agung namamu wira sanjungan.


Kuntuman kekwa taburi persada,
wangian keramat kembang memikat,
pemimpin wibawa melentur bangsa,
berjiwa rakyat menjulang martabat.


Di ranting pohon terbang pekaka,
cempaka serasi kembangan seri,
52 tahun usia merdeka,
etika berpaksi hiasi insani.


Hilir nan damai meniti senja,
ceria pinggiran membuai megah,
nusa mencanai kredibiliti bangsa,
era pimpinan unggul terserlah.


31 ogos tarikh sejarah,
kebebasan mutlak milik semua,
merdeka terus terukir indah,
pegangan tunggak penggerak jelata.

petikan daripada nukilan Azrina (http://www.geocities.com/graduan/kom20.html)

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Kembali Lagi


Musim kurma menjelang Bulan Ramadhan
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.


Wednesday, August 19, 2009

Kejayaan sekolah 2009

1. Pertandingan Pesta Pantun daerah pasir Gudang
  • Tarikh 25 Mac 2009
  • Anjuran PPD dan SMK Seri Alam 2
  • Guru pengiring Pn. Masrawati Md Ali
  • Kejayaan Tempat ke-4
2. Pertandingan Pancaragam Sekolah-Sekolah Negeri Johor
  • Tarikh 23 Jun 2009
  • Anjuran JPNJ dan MPPG
  • Guru Pengiring Pn. Khuzaimah Jasman, Pn. Ismaliana Ismail dan Cik Noor Suhaily Misrom
  • Kejayaan Tempat ke-3 (keseluruhan), Colour guard terbaik, persediaan terbaik.
3. Pertandingan Akhir Sahibba Daerah Pasir Gudang 2009
  • Tarikh 25 Jun 2009
  • Anjuran JPNJ
  • Guru pengiring Pn. Syarifah Raudzah
  • Kejayaan Naib Johan (mewakili Pasir Gudang)
4. Pertandingan Mahrajan Bahasa Arab 2009
  • Tarikh 3 - 5 Julai 2009
  • Anjuran Sektor P.Islam Negeri Johor
  • Guru pengiring Cik Nur Hafizah Md Jaafar
  • Kejayaan Tempat ke-3 peringkat negeri
5. Pertandingan Bola Sepak L14
  • Tarikh 12 Ogos 2009
  • Anjuran PPD dan SMK Kota Puteri
  • Guru pengiring En. Zol Yahya dan En. Mohd Hamdi Mat Jusuh
  • Kejayaan Johan Daerah Pasir Gudang
6. Pertandingan Mini Sirkit Bola Baling bawah 16 tahun
  • Tarikh 15-16 Ogos 2009
  • Anjuran JPNJ
  • Guru pengiring En. Mohd Hafizi dan Cik Noor Suhaily Misrom
  • Kejayaan Johan L16 dan Naib Johan P16 (MSSJ)

Tuesday, August 18, 2009

Penangan H1N1 (Mesyuarat Guru)

Beginilah penangan H1N1..kebanyakan guru mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka.

Barisan Pentadbir 2009

Barisan guru-guru cemerlang SMKPG khusyuk mendengar taklimat pentadbir

Saturday, August 8, 2009

Sejarah Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang mula beroperasi pada 1982 dengan menumpang di Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Gudang (1).
Pentadbiran adalah dibawah Pengetua SMK Dato’ Penggawa Timur, Masai. Berpindah ke bangunan sekarang pada 1 Julai 1982 dengan keluasan kawasan adalah seluas 14 ekar, mengandungi blok Pentadbiran, blok Pendidikan, bengkel Kemahiran Hidup dan kantin.
Kini pada tahun 2010, tiga lagi bangunan baru telah dibangunkan yang terdiri daripada 2 blok bangunan akademik dan 1 blok katering. Blok akademik adalah terdiri daripada bilik muzik, bilik seni, bilik 'Self Access Learning', makmal sains, bilik darjah, bilik guru, bilik keselamatan, makmal bahasa dan bilik pendidikan Islam.

Pentadbiran di pindahkan dari sekolah induk pada Januari 1984 dengan pengetua pertama Encik Amat Aris bin Atlan. Pengetua yang pernah bertugas di sekolah ini adalah Encik Mahindeer Singh (wakil pengetua Januari 1982-Disember 1983), Encik Amat Aris bin Atlan (Januari 1984-Disember 1987), Encik Ahmad Parman (Januari 1988-Januari 1981), Encik Zakaria bin Abdul Syukur (Feb 1991 – November 1994), Encik Yong Siew Ju(Disember 1994-Januari 1998), Cik Hajah Azizah binti Atan (Februari 1998-Disember 1999), Cik Zaiton binti Idris (Disember 1999 hingga Jun 2007) dan Tn Hj. Ismail Bin Abdul Aziz (Jun 2007 - November 2009) , Tn. Hj. Mohamad Bin Yusof (Februari 2010 - 31/08/2010) , Pn. Rohana Binti Abdullah (01/09/2010 - 16/12/2011) dan En. levan A/L Koran (01/02/2012 - 05/03/2012),
Kini pengetua bagi SMKPG adalah Pn. Hajah Salleha Binti Abd. Kahar, Staf Akademik 127 orang, Staf sokongan 16 orang, jumlah pelajar 1928 orang.

Info Anda Di Sini