Thursday, January 31, 2013

Pelancaran Program Guru Penyayang, Mentor mentee dan Warga Emas

Pelancaran Program Guru Penyayang, Mentor Mentee dan Program Warga Emas telah diadakan pada :

Tarikh : 25/1/2013
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi


Perasmian

Guru-guru berpimpinan tangan sambil menyanyikan lagu Kasih Sayang


Pelajar turut menyanyikan lagu sambil berkasih sayang


Guru dan pelajar menunjukkan simbol 'hati' sambil bergambar.

Marilah kita berkasih sayang....

Marhaban Kebirus 2013 telah bermula

Pada Cuti Sempena Maulidurrasul 1434 H pada 24 Jan 2013 telah diadakan majlis bacaan yasin, doa selamat, selawat nabi bersama ahli Kebirus dan keluarga di kediaman Pn. Wan Maliza. Semoga aktiviti ini dapat merapatkan ukhwah semua ahli Kebirus SMKPG..insyaAllah.

Semoga majlis ini diteruskan ke bulan-bulan akan datang.





Tuesday, January 22, 2013

Majlis Lambaian Kasih

Guru yang berpindah :

  1. Pn. Siti Ayu Binti Khamis - bertukar ke SMK Semenchu Kota Tinggi
  2. Pn. Norazila Binti Othman - bertukar ke SMK Taman Nusa Damai
  3. Cik Kulapusanam A/P T. Muniandy - bertukar ke SMK Seri Perdana
  4. En. Mohd Nor Affazly B Abdul Gaffar - bertukar ke SMK Dato' Bentara Luar
* Selamat bertugas di tempat baru. Kekalkan kecemerlangan yang pernah diukir di SMK Pasir Gudang









Perhimpunan Rasmi Kokurikulum 2013 (Jan)

Perhimpunan pada 14 Jan 2013 dikendalikan oleh Kadet Polis Wanita dengan di bawah kawalan pegawai komandan Cik Che Siti Nurshyuhada. Kawalan kehormat yang  kemas disaksikan oleh barisan unit uniform yang lain. 




Kawalan kehormat keluar baris mendapat tepukan gemuruh

Friday, January 4, 2013

Hari Pertama Persekolahan

Hujan mengiringi hari pertama persekolahan di SMK Pasir Gudang. Di bawah pengurusan Jawatankuasa Perhimpunan Pagi dan Lembaga Pengawas, perhimpunan rasmi hari pertama tetap berjalan dengan lancar.

Agenda : Ucapan alu-aluan oleh Pengetua Cemerlang - ikrar dan nyanyian - Penerangan Program i-Tink oleh  pemandu i-Tink


Wajah yang penuh dengan azam baru

Ucapan daripada Pn. Hjh Salleha Abd. Kahar (Pengetua Cemerlang)

Barisan pengawas yang komited walaupun terkena tempias hujan

Program i-Tink diperkenalkan buat pertama kalinya kepada pelajar

Gerakan tangan bagi peta pemikiran Buih Berganda (Double Bubble Map)

Pelajar seronok belajar beramai-ramai sambil menunjukkan gaya tangan bagi peta pemikiran Alir (Flow Map)

Guru sebagai pemudah cara dan pembimbing

Thursday, January 3, 2013

Pendaftaran Tingkatan 1 sesi 2013

Tarikh : 31 Dis 2013
Sasaran : Pelajar tingkatan 1 aliran biasa

Tarikh : 1 Jan 2013
Sasaran : Pelajar kelas kawalan KRK & KAA

Agenda : Ucapan alu-aluan Pengetua Cemerlang, Taklimat Pendaftaran, Pendaftaran pelajar Tingkatan 1





Info Anda Di Sini