Friday, April 27, 2012

KRS kelola perhimpunan bulanan kokurikulum

Minggu ke-3 setiap bulan seperti biasa diadakan perhimpunan kokurikulum. Pada 16 April 2012, tiba giliran Kadet Remaja Sekolah mengelolakan perhimpunan. Tahniah kepada unit uniform KRS serta guru penasihat Pn. Nur Sakinah, Cik Saira, Pn. Fazura, Cik Ng Wai Chee dan En. Nurulailiadha





Wednesday, April 11, 2012

Anugerah PSS 2012

Tahniah SMKPG kerana buat pertama kalinya dianugerahkan NAIB JOHAN Anugerah Pusat Sumber Sekolah 2012 Peringkat Negeri Johor bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar.

Syabas kepada semua yang terlibat dan penghargaan kepada Guru Media Pn. Siti Ayu. Semoga tahun depan kita pula JOHAN.



Bola Sepak Johan

Tahniah kepada pasukan bola sepak kerana melonjak semula menggenggam piala pusingan bola sepak MSSD. Tahniah juga kepada pengurus dan jurulatih En. Mohd Akramin, En. Mohd Hanif, En. Ahmad Nazran dan guru-guru lain yang terlibat.

PG Number 1!

Alhamdulillah kita juara!

Kisah Bola Jaring 2012

Pada 4 hingga 6 April 2012 yang lalu di SMK Kota Masai 2, berlangsungnya kejohanan bola jaring MSSD Pasir Gudang. Walaupun tidak mendapat tempat setelah menjadi johan kumpulan, pasukan Bola Jaring bersama pengurus dan jurulatih (Pn. Shuhada, Pn. Nur Sakinah, Pn. Wardah Nabilah, Cik Syazrina) dilihat telah berusaha dengan penuh komitmen.


Tahniah dan sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat.

Pn. Shuhada menunjukkan bakat seni di gelanggang bola jaring

 


Latihan bola jaring di Dewan Lestari SMKPG
Kata-kata semangat daripada Pn. Saleha PK Pentadbiran sebelum bertolak

Ekspresi wajah pada hari pertama perlawanan

Perlawanan di pagi hari 4 April 2012

Perlawanan diteruskan sehingga maghrib

Perlawanan disambung semula setelah azan maghrib tamat

Taklimat ringkas kepada pasukan B15


 
Pasukan B15 (bib merah) dan B18 (bib putih) serta guru (berbaju kuning dan merah)


Info Anda Di Sini