Saturday, March 23, 2013

Keputusan SPM 2012 gempak

Alhamdulillah. Perkataan pertama yang keluar dari mulut guru-guru di SMKPG. Tiada yang lebih menyeronokkan hati seorang guru apabila melihat anak didiknya berjaya. Terima kasih dan tahniah kepada calon SPM 2012 yang berjaya mendapat keputusan baik. Bagi yang kurang baik, teruskan usaha di arena lain, ataupun boleh baiki keputusan dengan mengambil semula.

2012
BIL CALON HADIR : 246
BIL MENGUASAI : 242
PERATUS MENGUASAI : 98.37%
BIL CEMERLANG : 3 orang
PERATUS CEMERLANG : 1.22%
GPS : 5.01

PERBANDINGAN 2011
BIL CALON HADIR : 384

BIL MENGUASAI : 377
PERATUS MENGUASAI : 98.18%
BIL CEMERLANG : 3 orang
PERATUS CEMERLANG : 0.78%
GPS : 5.21


*catatan : semakin rendah GPS semakin baik

Daripada peratus menguasai, peratus cemerlang dan GPS, semuanya menigkat.

Penganugerah yang dicapai berdasarkan keputusan SPM 2012


SU peperiksaan dan AJK sibuk menganalisis keputusan sebelum 10 pagi

Guru tingkatan menyusun keputusan kelas masing-masing

A dalam semua mata pelajaran (9A) - Durga Devi

 A dalam semua mata pelajaran (9A) - Ashwini a/p Thambirajah


A dalam semua mata pelajaran (8A) - Nurul Iman Binti Abdul Razak

Bergambar bersama pentadbir dan ibu bapa
Lagi pelajar cemerlang :
Puteri Ummi Nabila (6A)
Nitiyashini (6A)
Aimi Natashah (6A)
Vikcnesh (7A)





Tuesday, March 19, 2013

Perhimpunan Koko yang ketiga

Tahniah kepada Unit Pancaragam dan Silat kerana berjaya menyempurnakan persembahan dan mengendalikan perhimpunan dengan baik.

Persembahan silat di bawah bimbingan En. Mohd Sabri


Persembahan pancaragam di bawah bimbingan Pn. Aereen, Pn. Khuzaimah dan Cik Izazuraini


Kejayaan Sekolah 2013 lagi

Alhamdulillah SMKPG masih lagi menunjukkan taring di arena sukan, perbahasan dan masakan. Berikut adalah maklumat kemenangan setiap kategori.

MSSD
Bola Sepak B18 : tempat ke-2
Bola Baling Perempuan : tempat ke-3
Bola Jaring B18 : tempat ke-3

Perbahasan
Peringkat Daerah Pasir Gudang : Johan
Pendebat terbaik : Lily Elisa Bt. Abu Bakar

Pertandingan Masakan
Peringkat Daerah : Ketiga (kategori Intelligent)

B15 (berbaju hijau) sedang berentap

B18 (berbaju biru) sedang bertarung

B18 bersedia di gelanggang bersama Jurulatih Cik Siti Fatimah Basar

B15 bersedia di tepi gelanggang bersama Jurulatih Pn. Wardah Nabilah dan Cik Syazrina

Alhamdulillah tempat ketiga (kapten : Nur Adriana Nasuha)

2 pelajar terpilih mengikuti latihan pusat peringkat negeri (Nur Adriana Nasuha dan Nor Izzati)

Wajah puas..tahun depan lebih baik lagi ok..

B15 yang banyak menyokong

Alhamdulillah berjaya di tempat ketiga (Intelligent Chef) di bawah bimbingan Pn. Shariza Shorkan


Wednesday, March 6, 2013

Johan 2 tahun berturut-turut Hafazan

Majlis tilawah Al-Quran telah diadakan di peringkat zon Masai. Berikut adalah senarai pemenang :

  1. Solehuddin B. Salam - Johan Hafazan (L) -2 tahun berturut-turut
  2. Nur Nabilah - Johan Hafazan (P)
  3. Afie Daniel Kamarul Azhar - Naib johan tilawah al-quran (L)
  4. Nasyid - tempat ketiga (L)

Daftar e-operasi

Tarikh daftar id dan password --> semak data sendiri --> sahkan data sendiri :
sebelum atau pada 10 Mac 2013

Muat turun tatacara DAFTAR E-OPERASI

* tatacara e-operasi

* carta alir e-operasi

Pelancaran Nilam 2013

Semoga pada tahun 2013 membawa perubahan dalam diri semua warga SMKPG untuk lebih mencintai buku dan bahan bacaan yang lain.


Saturday, March 2, 2013

Johan Pertandingan Melukis

SMK Pasir Gudang Johan Pertandingan Melukis kategori 13-15 tahun yang diadakan di Festival Layang-layang Sedunia di Pasir Gudang. Tahniah diucapkan.

Nama peserta dan tempat pemenang :

Danial Aiman B. Daud
  1. Danial Aiman B. Daud (Johan kategori 13-15 tahun)
  2. Stacey a/k Patrick (Ke-3 kategori 16-17 tahun)
  3. Dhia Farzana Haizar (Ke-5 kategori 16-17 tahun)
  4. Suzhuliana Abdullah (Ke-9 kategori 16-17 tahun)
  5. Norazzua Abdullah (Ke-10 kategori 16-17 tahun)

Info Anda Di Sini