Saturday, May 18, 2013

Sambutan Hari Guru dan Pelancaran Program Microsoft Partners in Learning

Tarikh : 16 Mei 2013
Hari : Khamis
Tema : Kesultanan Melayu Melaka

Terima kasih kepada badan pengawas dan Kebirus kerana menganjurkan Sambutan Hari Guru yang cukup meriah. Ramai yang menaiki 'mesin masa' untuk sampai ke SMKPG. Antaranya termasuklah Tun Teja, Puteri Gunung Ledang, Pak Pandir, Hang Tuah, Saudagar Minyak, Bawang Merah, Bawang Putih dan ramai lagi.





Program Microsoft
Tarikh : 16 Mei 2013
Tempat : Bilik Transformasi Minda, Kelas 5 KAA, Makmal Bahasa

Program yang boleh menghubungkan guru-guru seluruh dunia untuk berkongsi ilmu pendidikan dan pelaksaan pendidikan alaf 21 dengan penglibatan pelajar secara menyeluruh. InsyaAllah SMKPG akan dihadiahkan 80 notebook demi merialisasikan program ini.



 
Antara guru SMKPG yang hadir (berkorban meninggalkan majlis sambutan hari guru demi mempersiapkan diri mendidik anak bangsa menjelang abad ke21)




Saturday, May 11, 2013

Kursus Penggunaan Sistem Mybackpack

Tarikh : 11 Mei 2013
Tempat : Bilik Cakna Minda SMK Pasir Gudang
Sasaran  40 orang guru dan 10 orang pelajar sebagai mentor
Objektif : Memperkasakan warga SMKPG dalam dunia pendidikan menjelang alaf ke 21
Anjuran : IRDA, MDEC, Microsoft, JPNJ
Penceramah : En. Saiful Nizam Bin Jamaludin




Thursday, May 9, 2013

Hoki Perempuan Johan MSSD Pasir Gudang

Tahniah kepada pasukan Hoki Perempuan kerana mendapat Johan di peringkat MSSD Pasir Gudang. Tahniah juga kepada pasukan Hoki Lelaki mendapat tempat ke-4. Teruskan kejayaan ini di peringkat lebih jauh.



Johan Hoki Perempuan bersama pengurus dan jurulatih (Cik Nur Dawana, En. Mohd Syafiq, En. Md Noor, Cik Atiqa)

Info Anda Di Sini