Sunday, February 16, 2014

LAUTAN KASIH HIMPUNAN BUDI


TARIKH : 15 FEBRUARI 2014
TEMPAT : DEWAN LESTARI, SMK PASIR GUDANG


Di sana padi di sini padi
Barulah nama sawah dan bendang
Di sana budi di sini budi
Barulah itu namanya orang

Begitulah antara rangkap pantun yang dibacakan oleh Encik Muhamad Ali bin Harun ketika memberi ucapan aluan mewakili warga SMK Pasir Gudang dalam majlis perpisahan Puan Hajah Salleha binti Abd. Kahar yang kini menyambung tugas di PPD Pasir Gudang sebagai Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (School Improvement Partners). 1 Jun 2012 memulakan tugas di SMK Pasir Gudang sebagai Pengetua Cemerlang dan menamatkan khidmat baktinya pada 1 Februari 2014. Majlis yang sederhana tetapi sangat meriah ini dimulakan dengan bacaan doa seterusnya bacaan surah Yassin bagi memohon keberkatan Allah S.W.T. Majlis kemudiannya diteruskan dengan ucapan wakil pelajar. Encik Muhamad Ali bin Harun selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seterusnya memberi ucapan penghargaan kepada Puan Hajah Salleha binti Abd. Kahar. Usai ucapan Encik Muhamad Ali bin Harun, yang diraikan iaitu Puan Hajah Salleha binti Abd, Kahar menyampaikan amanat terakhir kepada warga SMK Pasir Gudang. Selamat maju jaya diucapkan kepada Puan Hajah Salleha binti Abd. Kahar.




























No comments:

Post a Comment

Info Anda Di Sini